Wednesday, June 04, 2008

Budak Jolai

RM20 upah seks Budak Jolai

Oleh Hussain Said

GEMAS: Seorang peneroka berusia 52 tahun dari Felda Jelai 3, dekat sini ditahan polis kerana dipercayai merakam adegan seks dengan seorang wanita berusia 21 tahun menggunakan telefon bimbit di sebuah pondok dalam kebun getah miliknya, awal bulan lalu.

Peneroka dan pasangannya ditahan di kediaman masing-masing di Felda Jelai 3 dan Jelai 4 pada 26 Mei lalu selepas adegan lucah mereka tersebar di kalangan penduduk yang kemudian membuat laporan polis.

Sumber berkata, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 60 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedar barangan lucah.


"Polis turut menahan seorang lelaki di Felda Jelai 3 kerana bertindak selaku jurukamera menggunakan telefon bimbit bagi merakamkan gambar pasangan terbabit dalam keadaan telanjang hingga mengaibkan seseorang," katanya.


Difahamkan, peneroka terbabit meminta bantuan seorang rakannya yang berusia 21 tahun untuk merakam aksi ghairahnya menggunakan telefon bimbit dipercayai untuk simpanan peribadi.

Bagaimanapun, tiga rakaman bertajuk ‘Budak Jolai’ itu tersebar meluas sehingga ada penduduk membuat laporan polis kerana malu dengan perbuatan meloyakan peneroka terbabit.

Tiga rakaman berasingan yang keseluruhan mengambil masa kira-kira 10 minit itu memaparkan adegan panas pasangan itu. Peneroka terbabit dikatakan hanya membayar RM20 kepada wanita itu untuk membeli kad prabayar telefon bimbit sebagai balasan melakukan hubungan seks.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang, mengesahkan penangkapan mereka dan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Seremban dan Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

Sementara itu, beberapa penduduk Felda Jelai kesal dengan perbuatan peneroka terbabit yang mencemarkan nama baik kawasan mereka.

"Kami memang terkejut dan tidak menyangka dia melakukan perbuatan tidak senonoh itu sehingga menjadi buah mulut penduduk," katanya.

No comments: